Friday, August 16, 2013

Paksi Asia: Amerika Syarikat meningkatkan bantuan ketenteraan kepada Filipina bertujuan 'mengandungi' China . . .


GeneralKNOWLEDGE's Paksi Asia: Amerika Syarikat meningkatkan bantuan ketenteraan kepada Filipina, bertujuan 'mengandungi' China. Amerika Syarikat adalah meningkatkan bantuan ketenteraan ke Filipina dengan 50 juta dolar bersedia untuk diberikan dalam bantuan bersama-sama dengan kapal tentera laut lagi.

Itulah sebagai ketegangan di rantau ini terus meningkat lebih resourse wilayah yang kaya dengan yang dipertikaikan di Laut China Selatan. Penganalisis berkata China yang semakin tegas, bahawa seolah-olah menjadi sebab sebenar untuk berkembang penglibatan Washington di rantau ini.

Asia Pivot: US boosts military aid to Philippines, aims to 'contain' China. The US is boosting its military assistance to the Philippines with 50 million dollars set to be provided in aid along with more navy vessels.

That's as tensions in the region continues to rise over disputed resourse-rich territories in the South China Sea. Analysts say its an increasingly assertive China, that seems to be the real reason for Washington's growing engagements in the region.

Follow us on Google+ http://plus.google.com/+RT

Follow us on Instagram http://instagram.com/rt


terahsia Bangsa MALA'yu BHG I


GeneralKNOWLEDGE's Mengapa Israel bersusah-payah membina pangkalan dan pengaruhnya di Singapura? Apa kaitan Cina Singapura dengan Yahudi Zionis? Adakah terdapat apa-apa perancangan ketika Stamford Raffles menjejakkan kakinya di Pulau Singapura? Apa hubungan Bangsa MALA'yu dengan Bangsa Yahudi? Apakah dia terahsia Bangsa MALA'yu?. Apa yang terjadi 2000 tahun sebelum Masehi di antara MALA'yu dan Yahudi?

Semua persoalan ini akan terjawab di dalam siri artikel yang penuh dramatik ini. Artikel ini berasal dari kompilasi tulisan Lodgekeeper dan temuramah-temuramah yang dibuat dalam masa yang berasingan.

Selamat Membaca . . .

terahsia Bangsa MALA'yu



". . . sent them away from his son Isaac to the land of the east."

(Genesis 25:6 New International Version)

Di atas adalah petikan dari Kitab Kejadian dari Kitab Injil yang merupakan penyimpan rahsia terbesar berkenaan 1 bangsa yang bergerak ke Timur DUNIA bagi mengembangkan keturunan manusia seperti yang diperintahkan Tuhan.

Bangsa terahsia inilah yang menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka iaitu Asia Barat dan Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban manusia.

Bangsa ini, yang merupakan pemegang rahsia akhir zaman adalah 1 bangsa besar yang pernah membina kota-kota purba dan menyertai peperangan-peperangan agung sejak surutnya Banjir Besar bersama-sama bangsa agung yang telah pupus seperti Sumerian dan Akkadian.

Sesungguhnya kisah pengembaraan bangsa ini merupakan 1 epik yang teramat panjang, lebih panjang dari epik Homer, The Iliad and the Odyssey.

Untuk mengkaji sifat dan karakter bangsa misteri ini, perlulah dicari dan dirintis sejarah panjang pengembaraan mereka dan apakah yang ditemui mereka di sepanjang epik perjalanan mereka itu. Faktor yang mewujudkan kepelbagaian dari segi wajah, bahasa dan personaliti bangsa ini. Faktor yang menjadi sumber ALTER TERAHSIA bangsa misteri ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan alter? Alter dalam bahasa mudah adalah personaliti tambahan atau pun personaliti lain yang selalunya akan muncul apabila di'suis' dalam keadaan tertentu. Istilah alter sebenarnya berasal dari istilah mindcontrol di mana alter ini muncul setelah seseorang individu mengalami teknik mindcontrol tertentu contohnya teknik berasaskan-trauma.

Contoh yang paling mudah ialah apabila seseorang dikejar oleh anjing yang garang. Secara tiba-tiba orang tadi akan berlari sepantas-pantasnya sehingga dia sendiri merasa hairan dengan kemampuan dirinya yang luarbiasa itu. Padahal setiap kali pertandingan larian 100 meter, dialah yang tercorot (misalnya).

Juga jika seseorang yang dianggap lemah dalam sesuatu perkara, secara tiba-tiba menjadi begitu bersemangat dan gagah bila menyentuh perkara yang lain.

1 contoh yang baik tentang alter ialah dalam buku Norman Cousins berjudul Anatomy Of an Illness, yang menceritakan kisah yang penuh dengan maklumat tentang Pablo Casals, salah seorang pemuzik yang terhandal dalam abad ke 20. Cousins menceritakan pertemuannya dengan Casals tidak lama sebelum hari jadinya yang ke 90 pemain celo yang handal itu. Cousins mengatakan bahawa adalah sangat menyiksakan untuk melihat orang tua itu semasa dia memulakan harinya.

"Dia sangat lemah dan artritisnya tambah melemahkannya sehinggakan dia memerlukan pertolongan untuk memakai pakaian. Emfisemanya sangat jelas semasa dia bertungkus lumus untuk bernafas. Dia berjalan dengan mengheretkan kakinya, badannya bongkok dan kepalanya menjunam ke depan. Tangan-tangannya membengkak dan jari-jarinya menggenggam. Dia kelihatan seperti seorang yang amat tua, dan tersangat letih".

"Sebelum waktu makan, dia berjalan ke arah piano, iaitu salah satu alat muzik yang Casals cekap bermain. Dengan bersusah payah dia membetul-betulkan dirinya di atas kerusi piano. Dia nampaknya bersusah-payah berusaha untuk membawa jari-jarinya yang bengkak lagi tergenggam itu ke papan tanda."

Kemudian sesuatu yang menakjubkan berlaku. Casals dengan tiba-tiba betul-betul dapat mengubah dirinya di depan mata Cousins. Dia telah masuk ke dalam keadaan yang pintar akal, dan semasa dia melakukannya, fisiologinya berubah ke tahap di mana dia mula bergerak dan bermain, menunjukkan di kedua-dua badan dan piano hasil yang sepatutnya hanya berlaku pada seorang pemain piano yang sihat, kuat dan fleksibel. Seperti yang dinyatakan oleh Cousins.

"Jari-jarinya terbuka dengan perlahan-lahan dan mencapai ke arah mata piano seperti tunas-tunas pokok bergerak ke arah cahaya matahari. Belakangnya ditegakkan. Dia nampaknya bernafas dengan lebih mudah".

"Tubuh badannya tidak lagi kaku dan susut tetapi lemah lembut dan benar-benar bebas daripada lingkaran hidup atritisnya. Apabila dia meninggalkan piano, dia kelihatan benar-benar berubah daripada orang yang mula-mula duduk bermain. Dia berdiri dengan lebih tegak dan lebih tinggi; dia berjalan tanpa ada tanda-tanda mengheretkan kakinya. Dia serta-merta berjalan ke meja sarapan pagi, makan bersungguh-sungguh, dan kemudian keluar berjalan-jalan di sepanjang pantai".

Alter selalunya tersembunyi dibelakang personaliti utama yang membayangi alter-alter tadi. Tetapi apabila subjek berada dalam keadaan tertentu di mana personaliti utama tidak mampu menanganinya, alter ini akan tiba-tiba muncul dan beraksi. Maka subjek tadi akan berubah menjadi alter lain, berbeza dari alter utama (personaliti utama). Tidak mustahil pula alter ini menggantikan pula alter sebelumnya sebagai personaliti utama subjek tersebut.

Alter inilah yang tersembunyi di dalam setiap orang MALA'yu yang kenal dirinya, asal-usulnya dan siapa dirinya yang sebenar. 'MALA'yu' adalah bangsa misteri yang dimaksudkan, telah banyak berubah dari karakter asal mereka ketika berada di wilayah Kanaan dan Sumeria (Mesopotamia) akibat perjalanan masa yang amat panjang selama beribu-ribu tahun dahulu, serta perubahan akibat cuaca dan pengembaraan yang merentasi beratus kilometer menuju ke arah timur untuk menuju ke arah 'The Promised Land' seperti yang diwahyukan Tuhan kepada Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam.


Menurut kajian geneologi setakat ini, Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam (Abram, Abraham) mempunyai 3 orang isteri, iaitu Sarah, Hajar dan yang terakhir Keturah. Sarah telah melahirkan Ishak (Isaac) manakala Hajar (Hagar) pula melahirkan Ismail (Ishmael). Keturah pula melahirkan 6 orang anak iaitu Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah. Nabi Allah Ishak Alayhis Sallam menurunkan bangsa Yahudi manakala Nabi Allah Ismail Alayhis Sallam menurunkan bangsa Arab.

Kebanyakan teks-teks Judeo-Kristian mahupun Islam banyak menceritakan riwayat kedua-dua orang isteri Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam ini tetapi lain pula dengan Keturah, isteri bongsu Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam. Sarah, iaitu mempunyai pertalian keluarga dengan Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam diketahui jelas berasal dari Tanah Kanaan iaitu tempat Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam tinggal, manakala Hajar pula berasal dari keluarga diraja Firaun Mesir. Namun majoriti teks-teks Yahudi dan Kristian mendefinisikan Keturah sebagai 'unknown nationality'. 

Persoalannya, "Siapakah Keturah ini?"

Dari mana dia berasal?. Telah ditakdirkan dari perut Keturah ini lahirlah bangsa-bangsa agung penakluk seperti Chaldea, Media dan Parsi yang mewarisi bangsa Sumeria, Akkadia, Assyria, Babylon dan lainnya dari kalangan MALA'yu cucu cicit Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam dari jurai keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh Alayhis Sallam di mana di dalam teks Yahudi Kuno mengatakan kelak akan lahir bangsa-bangsa penakluk yang menjadi musuh orang Israel dari saudara mereka sebelah Keturah.

Selama beribu-ribu tahun bangsa Yahudi diperangi, dibuli dan dikacau oleh bangsa-bangsa ganas dan kejam yang teramat gagah ini sehingga dibayangkan di dalam hikayat-hikayat mereka sebagai 'raksasa', 'orang gasar (barbarian)', 'kaum yang ganas' dan sebagainya. Jika kita lihat kisah Nabi Allah Musa Alayhis Sallam yang ingin kaumnya memasuki Tanah Palestin, di mana kaum Yahudi berkeras tidak mahu memasukinya kerana terdapat 'kaum yang ganas' di dalam Palestin dan sanggup mengeluarkan kata-kata,

"Biarlah engkau saja yang pergi berperang dengan mereka bersama Allah, dan kami menunggu di sini" (Kisah Nabi Musa)

Perlu diingat, akibat trauma dengan sejarah pedih bangsa mereka yang dibuli oleh saudara mereka yang ramai dari sebelah ibu tiri mereka Keturah, rabbi-rabbi Yahudi telah membeza-bezakan taraf isteri-isteri Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam di mana hanya Sarah saja disebut sebagai isteri (wife) manakala Hajar dan Keturah disebut gundik (concubine). Kita boleh lihat di dalam Perjanjian Lama (Taurat) dan Perjanjian Baru (Injil), di mana mereka telah mengubah tafsiran isteri-isteri Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam. Sesungguhnya Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam selaku Rasul Allah yang teramat alim dan warak tidak pernah membeza-bezakan isterinya, meskipun di dalam peristiwa menghantar Siti Hajar dan anaknya Ismail ke lembah gersang di Mekah.

Betapa pilu dan hancur hatinya melihat isterinya dan anaknya yang masih kecil terdampar di tengah padang pasir yang panas. Namun perintah Tuhan tetap dilaksanakan mengingatkan tanah yang dipijak Ismail ketika itu adalah Rumah Tuhan yang akan dibangunkannya bersama anaknya Ismail kelak. Adakah hanya Siti Khadijah sahaja sebagai isteri Nabi Muhammad Salla'Allahu Alayhi was Sallam manakala isteri-isterinya yang lain hanya layak disebut gundik? TIDAK SAMA SEKALI. 

Walhal pada asalnya Siti Sarah adalah wanita yang mandul, sebelum Allah Subhanahuwa Ta’ala mengurniakan Nabi Allah Ishak Alayhis Sallam kepadanya pada saat umur yang terlampau tua.

Sebab itulah Siti Sarah berkeras mengahwinkan Siti Hajar (yang disangka hamba perempuan Firaun) dengan suaminya bagi meneruskan keturunan. Bukan sahaja disebut gundik, malah perasaan rasis mereka terhadap keturunan Keturah meleret-leret dengan mengheret keturunan Siti Hajar bersama-sama.

Siti Hajar dikatakan hamba Firaun manakala sumber lain pula menyatakan 'gundik Firaun'. Padahal Siti Hajar adalah PUTERI FIRAUN yang diserahkan kepada Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam untuk menebus rasa bersalah Firaun ketika itu yang ingin memperkosa Siti Sarah semasa Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam dan Siti Sarah di dalam tahanannya.

Dengan kuasa Allah setiap kali Firaun datang untuk memperkosa Siti Sarah, perbuatannya terhalang secara aneh berkat doa Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam. Dari situ barulah Firaun sedar bahawa Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam bukanlah sebarangan orang dan mungkin berasal dari orang suci yang harus dihormati.

Akibat rasa bersalah yang teramat sangat, maka bukan sahaja Firaun membebaskan kedua-duanya malah membekalkan mereka dengan seorang perempuan muda yang bertutup wajahnya sebagai 'kifarat' dan hadiah kepada Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam. Rahsia perempuan muda itu terbongkar ketika perjalanan pulang di mana Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam membuka tutup kepala perempuan itu sambil bertanyakan asal-usulnya yang pada awalnya disangka seorang hamba yang dihadiahkan kepada mereka.

Alangkah terkejutnya Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam dan Siti Sarah bila mendengar pengakuan dari perempuan itu bahawa dia adalah anak perempuan Firaun bertaraf puteri diraja. Tersentuh hati Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam sambil mengucapkan kesyukuran kepada Allah SubhanahuwaTa’ala yang sememangnya berkehendak menjaga keturunannya sebaik-baiknya.

Jadi keturunan Nabi Allah Ismail Alayhis Sallam yang turun kepada Nabi Muhammad Salla'Allahu Alayhi was Sallam adalah berketurunan diraja dari empayar agung Firaun yang pengaruhnya melewati Anatolia dan Kanaan ketika itu (Firaun ini berbeza langsung dengan Firaun di zaman Nabi Allah Musa Alayhis Sallam kerana Firaun ini hidup lebih lama dari Ramses II kerana sezaman dengan Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam).

Perlu dingatkan bahawa semasa zaman Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam tidak ada bangsa yang disebut sebagai Yahudi. Dan sesungguhnya Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallambukanlah seorang Yahudi. Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam adalah berasal dari 1 kaum purba yang sezaman dengan bangsa Hittites yang telah pupus dan bangsa misteri di Mesir (Firaun tadi) yang mungkin mewariskan rahsia Piramid dan teknologi canggih zaman itu kepada bangsa Qibti yang menjadi pemerintah selepas itu termasuklah Ramses II di zaman Nabi Allah Musa Alayhis Sallam.

Dalam Al ‘Quran ada disebut:

3:65

3:66

3:67

3:68

Firman Allah Ta’ala: ‘Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu berani memperdebatkan tentang (agama) Nabi Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada (zaman) Ibrahim; patutkah (kamu berdegil sehingga) kamu tidak mahu menggunakan akal?

Ingatlah! Kamu ini orang-orang (bodoh), kamu telah memajukan bantahan tentang perkara yang kamu ada pengetahuan mengenainya (yang diterangkan perihalnya dalam Kitab Taurat), maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengannya? Dan (ingatlah), Allah mengetahui (hakikat yang sebenarnya) sedang kamu tidak mengetahuinya.

Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk agama Kristian, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik.

Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi agamanya) ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) ini serta orang-orang yang beriman (umatnya - umat Islam). Dan (ingatlah), Allah ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang-orang yang beriman’. (QS Surah 'Al ‘Imran 3: 65 - 68)

GOD ALMIGHTY SAYS IN THE HOLY QURAN: O People of the Scripture, why do you argue about Abraham while the Torah and the Gospel were not revealed until after him? Then will you not reason? Here you are - those who have argued about that of which you have (some) knowledge, but why do you argue about that of which you have no knowledge? And Allah knows, while you know not. Abraham was neither a Jew nor a Christian, but he was one inclining toward truth, a Muslim (submitting to Allah). And he was not of the polytheists. Indeed, the most worthy of Abraham among the people are those who followed him (in submission to Allah) and this prophet, and those who believe (in his message). And Allah is the ally of the believers. (QS Surah 'Al ‘Imran (Family of Imran) 3: 65 - 68)

Bangsa Yahudi diturunkan dari jurai keturunan Nabi Allah Ishak Alayhis Sallam di mana anaknya Yaakub telah digelar sebagai isra' yang bermaksud suka berjalan malam akibat dari kegemaran Nabi Allah Yaakub Alayhis Sallam yang berjalan malam.

Dari Nabi Allah Yaakub Alayhis Sallam ini turunlah anak-anaknya termasuk Levi, Yusuf, Bunyamin dan Yahudza (Yahuda). Di sini kita dapat mengesan perkataan yang memapar-kan karakter Yahudi seperti Levi dan Yahudza (Yahuda). Bunyamin (Benjamin) pula adalah adik kesayangan Nabi Allah Yusuf Alayhis Sallam, yang kembali bertemu dengan Nabi Allah Yusuf Alayhis Sallam setelah sekian lama terpisah ketika Nabi Allah YusufAlayhis Sallam pada waktu itu menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan Raja Mesir (dalam hal ini pemerintah Mesir pada waktu itu digelar al-Aziz bermaksud raja).

Pada waktu itu bangsa Yahudi masih menjadi bangsa belasahan dan di bawah pemerintahan bangsa purba lain sehinggalah menjadi semakin kuat dan berjaya menubuhkan kerajaan sendiri sepertimana di era Nabi Allah Sulaiman Alayhis Sallam dan Nabi Allah Daud Alayhis Sallam.

Dalam pada itu keturunan dari saudara -saudara mereka yang 6 orang tadi dari sebelah Keturah telah membina kekuatan yang amat dasyat, pada masa yang sama mereka telah mula maju sedikit demi sedikit lebih pantas dari bangsa Yahudi, mencipta pelbagai ilmu sains dan teknologi yang canggih, membina negarakota-negarakota yang bertembok tinggi dan tebal, membina organisasi-organisasi moden yang sistematik serta menyusun balatentera yang gagah dan teknik peperangan yang maju.

Perlu dingat ketika ini dunia di sebelah lain seperti di Tanah Besar Cina dan Benua Kecil India masih mundur dan kurang berpenghuni. Adakalanya kaum-kaum dari sebelah Barat ini, (di mana pusat ketamadunan manusia purba bermula dari sini di sekitar Mesopotamia) telah mengembara ke India dan China untuk menangkap kaum asli yang masih bercawat di dalam hutan untuk dijadikan hamba atau buruh kasar membina tembok-tembok dan kota (peristiwa ini dapat dihayati jika kita menonton filem Apocalypse arahan Mel Gibson atau 1000000 B.C).

Pada masa yang sama bangsa Yahudi masih ditakuk lama, hidup bermalas-malasan sambil mengharap belas ihsan bangsa-bangsa yang lebih gagah dari mereka. Sehinggalah mereka bertembung kembali dengan bangsa-bangsa keturunan Keturah seperti Media (Madyan) dan Babilon (Babil) serta Chaldea (Kaldan) yang mula merampas tanah-tanah mereka dan mula mengganas memusnahkan kediaman mereka.



Bangsa Yahudi menjadi bangsa hamba di bawah pemerintahan bangsa-bangsa hebat yang menjajah mereka berkurun lamanya secara bersilih ganti. Bangsa ini pernah dibawa beramai-ramai ke kota Babilon untuk dijadikan hamba, pencacai, buruh kasar, kuli dan orang gaji dibawah kekuasaan Emperor Nebuchadnezzar (Buktanassar) dalam keadaan hina dengan dirantai kaki dan tangan mereka. Pada masa ini semua suhuf-suhuf dan Taurat telah dibakar oleh pemerintah dan hanya segelintir dari mereka berjaya menyimpan dan menghafal isi kitab itu secara sembunyi-sembunyi.


Diwaktu pemerintahan Babilon inilah bangsa Yahudi telah banyak tersesat jauh dengan mengamalkan sihir dan penyembahan syaitan akibat kekurangan ajaran agama dan tekanan hidup yang tinggi. Mereka mula mengabdikan diri kepada amalan spiritual yang pelik-pelik dengan harapan syaitan akan membantu mereka melepaskan mereka dari penderitaan di bawah penjajahan bangsa Babilon. Disinilah bermulanya amalan 'Babilonian Magic' yang menjadi asas Sihir Gematria, Necronomicon, Kultus Pentagram, Ramalan Tarot dan Persaudaraan Ular Iblis menyebabkan terjadinya insiden Harut dan Marut seperti yang dikisahkan dalam Al ‘Quran. (Rujuk Surah Al ‘Baqarah Ayat 102)

2:102

Firman Allah Ta’ala: Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada 2 malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, jika mereka mengetahui.’.  (QS Surah 'Al ‘Baqarah 2: 102)

GOD ALMIGHTY SAYS IN THE HOLY QURAN: And they followed [instead] what the devils had recited during the reign of Solomon. It was not Solomon who disbelieved, but the devils disbelieved, teaching people magic and that which was revealed to the two angels at Babylon, Harut and Marut. But the two angels do not teach anyone unless they say, "We are a trial, so do not disbelieve [by practicing magic]." And [yet] they learn from them that by which they cause separation between a man and his wife. But they do not harm anyone through it except by permission of Allah . And the people learn what harms them and does not benefit them. But the Children of Israel certainly knew that whoever purchased the magic would not have in the Hereafter any share. And wretched is that for which they sold themselves, if they only knew. (QS Surah 'Al ‘Baqarah (The Cow) 2: 102)

Kegilaan bangsa Yahudi SesatBARAT ini dalam mempelajari sihir telah menjauhkan mereka dari hidayah Tuhan dan menyebabkan ramai Nabi diutus kepada mereka bagi membetulkan akhlak mereka. Bangsa Yahudi adalah bangsa spiritual. Mereka peka kepada perkara-perkara bersifat ghaib dan misteri. Mereka percaya kepada makhluk halus dan kuasa sakti. Mereka gemar mempelajari sisi spiritual dari bangsa-bangsa gagah yang menjajah mereka silih berganti.

Berbalik kepada wanita misteri yang menjadi isteri ketiga Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam, tidak banyak diketahui tentang kehidupannya malah berasal dari kawasan mana ataupun dari jurai keturunan mana walaupun sudah pasti berasal dari kelompok pengikut Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam mahu pun mungkin terus berasal dari kaum kerabat Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam sendiri.

Sumber-sumber kuno Yahudi juga masih samar-samar dalam membicarakan asal-usul Keturah, si wanita misteri ini. Tetapi jika disusur dari kehidupan Nabi Allah IbrahimAlayhis Sallam sebagai 'patriarch' (gelaran yang diberikan kepada lelaki yang menjadi ketua keluarga yang sekaligus sebagai pemimpin atau raja bagi kaum kerabatnya yang terhormat dan besar) memungkinkan baginda hanya berkahwin dengan suku terhormat sahaja. Tambahan pula Keturah telah melahirkan anak-anaknya yang gagah-gagah dan hebat.


*Keturah di khemah sebelah kanan bersama-sama 6 anaknya. 
(Diambil dari teks Yahudi kuno).

Keturah bermaksud kemenyan atau pun wangi-wangian yang kadangkala digunakan dalam upacara ritual. Dari sini kita dapat menyelusuri susurgalur bangsa MALA'yu sebagai bangsa spiritual. Tidak diketahui siapakah ibu bapa Keturah. Tetapi terdapat sumber yang mengatakan kemungkinan Keturah berasal dari kaum kerabat raja agung Sargon yang memerintah Akkadia (namun begitu teori yang paling meyakinkan setakat ini ialah Keturah berasal dari Timur Jauh; tempat di mana keturunan Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam diarahkan menyebar selepas itu). Jika demikian maka sahlah bangsa misteri ini sememangnya berasal dari keturunan raja-raja agung sepertimana Arab Quraisy yang berketurunan dari Raja Mesir dari bangsa misteri yang memerintah Sungai Nil ketika itu. Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas.

Firaun-firaun Mesir hanyalah membaikpulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi terlampau lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat DUNIA. Anda boleh tonton filem 1000000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini. Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana. 
Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan.

Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit.

Piramid Mesir adalah penunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah penunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini. Tidak percaya?.

Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum Banjir Besar di zaman Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam. Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara.

Setiap rumah ada sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi. Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda DUNIA. TIDAK . . . TIDAK SAMA SEKALI ! Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia, haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini kita dapat mengetahui bahawa profesion Nabi Allah Nuh Alayhis Sallambukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal.


Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang? FIKIRKAN. 100 orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Allah Nuh Alayhis Sallamteramatlah sedikit. Malahan pula para pengikut Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam terdiri dari orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam juga membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja).


Masih tidak percaya??? Jika kita lihat kronologi kemajuan manusia pun kita dapat melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Allah Isa Alayhis Sallam mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Allah Isa Alayhis Sallam hidup. Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Allah Isa Alayhis Sallam? Berapakah jangkamasa Nabi Allah Adam Alayhis Sallam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam.

Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.

Maka jika berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan pun melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa. TETAPI ADAKAH SEMUA KEMAJUAN ITU BERGUNA APABILA TIBA BALA BENCANA?

Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah SubhanahuwaTa’ala setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan.

Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini. Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar.

Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.


Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini. Ini kerana anda memikirkan Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI.

Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan 1 mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik. Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD,CD-RW,DVD,DVD-RW atau sebagainya) di China.


Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Afrika! Apa maksud semua ini? Berapa umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat manusia sebenarnya?. Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason. Mereka ada sebab untuk mengelirukan manusia.

Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan. Maka setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan.

Di waktu-waktu malam mungkin mereka berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka tentang kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta. Mereka juga menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.


Sudah tentu cucu-cicit mereka tercengang bangang mendengar 'dongeng-dongeng' ini dikala kehidupan mereka sekarang ditahap zaman Paleolitik. Maka keluarlah pelbagai mitos mengenai 'keajaiban' cerita-cerita ini. Dan tidak hairan jika ada di antara mereka yang 'nakal' mula berangan-rangan tentang dewa-dewi yang menaiki kenderaan terbang dan berperang menggunakan senjata nuklear seperti yang kita dapati dari kitab Hindu Mahabrata. Malah tidak keterlaluan jika ada pengkaji yang merumuskan dewa-dewi orang Hindu diambil dari anak-anak raja kerajaan Rama, Atlantis dan Lemuria yang tenggelam di dasar lautan.

Cuba perhatikan patung-patung sembahan Hindu. Dewa-dewi yang termasyhur semuanya berkulit cerah dan segak-segak seperti raja-raja purba. Apakah yang dikatakan oleh orang-orang gua apabila bertemu seorang yang kacak turun dari helikopter sambil memegang telefon bimbit? Lelaki tampan tadi akan dianggap sebagi dewa yang berkuasa!!! Itulah yang terjadi kepada orang-orang Hindu. Mereka sebenarnya menyembah raja-raja purba yang digambarkan melalui kitab-kitab purba mereka seperti Ramayana dan Mahabharata, Veda serta Upanishad. Sudah tentu cucu-cicit keturunan Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam yang menurunkan bangsa-bangsa moden selepas itu yang menceritakan kisah-kisah ajaib nenek moyang mereka yang menaiki pesawat terbang, komputer, reaktor nuklear dan kereta mewah seperti Mercedes Sport dan Ferrari! FIKIR-FIKIRKAN . . . tidak rugi kita meluangkan masa sejenak untuk berfikir asal-usul kita.


Akan datang dalam siri SECRETS/Terahsia Bangsa MALA'yu . . .

-Siapakah Keturah?

-MALA'yu dikalangan anak-anak Keturah

-MALA'yu dikalangan cucu cicit Nuh bangsa penakluk dan raja-raja agung

-Menjejak asal-usul raja-raja MALA'yu sehingga Cyrus The Great

-Cura si Manjakini bukti warisan Darius Emperor Parsi

-Negarakota MALA'yu di era Ur, Kish dan Uruk

-Hubungan MALA'yu dan Yahudi di era peperangan bangsa Sumeria

-'Bangsa Gunung'

-Pengembaraan ke Timur Jauh

-Perjalanan melalui jalan darat

-Jalan Sutera dan Kapak dari Asia Tengah

-Epik pengembaraan di padang pasir dan salju dingin

-Kenangan kehidupan silam di pergunungan Himalaya dan perkampungan Tibet yang damai

-Perjalanan melalui jalan laut

-Bahtera dan ilmu pelayaran bangsa misteri

-Astronomi dan rahsia bintang-bintang

-Bodhidharma, Dharmakirti, Sakyakirti dan pendeta-pendeta MALA'yu lainnya

-1000 rahib, sami dan arahat di Bukit Suci

-Misteri bangsa terahsia

-Siapakah dia Malai?

-Bumi MALA

-The Promised Land

-Tempat menyimpan rahsia

-Kunci-kunci rahsia

-Cucu-cicit Nabi

Pintu Rahsia akan terbuka . . .

Spread the WORDS Of Humanity, GOD ALMIGHTY SAYS IN THE HOLY QURAN: 'NO REWARD DO I ASK OF YOU FOR IT: MY REWARD IS ONLY FROM THE LORD OF THE UNIVERSE'. (Firman Allah Ta’ala: ‘Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam)'. (Surah 26 'Asy'araa: verse 109)


You might also like/Anda mungkin juga suka:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...