Islam & Barat oleh Syeikh Imran Hosein Rahmatullahi 'alaih dari Moscow State University, Russia. Syeikh Imran Hosein
Rahmatullahi 'alaih: ‘Q&A. Beliau dilahirkan di Pulau Caribbean
Trinidad pada tahun 1942 dari nenek moyang dan ibu bapanya yang berhijrah
sebagai buruh indentured dari India.
Beliau adalah graduan Institut Aleemiyah di Karachi dan telah belajar di
beberapa institusi pengajian tinggi termasuk Universiti Kuala Lumpur,
Universiti Hindia Barat, Al Azhar Universiti dan Siswazah Institut Perhubungan
Antarabangsa di Switzerland.
Beliau bekerja selama beberapa tahun sebagai Pegawai Perkhidmatan Luar di
Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Kerajaan Trinidad dan Tobago tetapi berhenti
kerja pada tahun 1985 untuk menumpukan sepenuh hidupnya kepada misi Islam’
UMMAHZone http://www.ummahzone.com/
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Isyarat Nabi'Allah (1434 tahun yang lalu) "Huru-hara Yang Sedang Kita Alami" AkhirZAMAN. Adalah
seperti disabdakan Rasulullah SalluAllaahu `Alayhi `waa `Sallam:
"Akan menimpa manusia tahun`tahun penuh dusta. Dimana, pendusta
dibenarkan dan yang benar didustakan, si pengkhianat diberi amanah dan kasih
dan si jujur malah di khianati.
Pada masa tersebut, si Ruwaibidh`ah pandai menghambur kata`kata"
Para Sahabat bertanya "Siapakah Ruwaibidh`ah itu?"
Rasul menjawab, "Adalah manusia bodoh yang memegang jabatan
awam." (Hr. Ibnu Majar dari Abu Hurairah)
Firman Allah Taala: 'Sesungguhnya
orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya
diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela agama dan rela diri
ditindas (atau dizalimi), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata:
"Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?"
Mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di
bumi". Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, yang
membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?"
Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah
neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.'
(Surah An Nisa 4: 97)
Hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Bukhari didalam Sahihnya. Dari Abu Sa'id
Al 'Khudri Radhi 'Allahu Anhu.
Rasulullah Shalla'Allahu Alayhi wa Sallam bersabda:
"Allah berfirman pada hari kiamat: "Wahai Adam!" Adam
menyahutnya:
"Kami sambut panggilanMu wahai Tuhan kami dan demi kebahagiaan yang
Engkau curahkan kepada kami."
Lalu baginda dipanggil lagi dengan 1 panggilan:
"Sesungguhnya Allah memerintahkan kepadamu untuk memisahkan rombongan
keturunanmu untuk dihantar ke dalam neraka.
"Adam bertanya: "Apakah yang dimaksudkan dengan rombongan ke
neraka itu?" Allah menjelaskan: "Ambil dari tiap-tiap 1000, 999
orang."
Ketika dilaksanakan perintah itu (terjadilah berbagai peristiwa) seperti
orang yang sedang hamil, gugur kandungannya, anak-anak kecil serta merta
beruban dan kelihatan orang-orang seakan-akan mabuk tapi sebenarnya mereka
tidak mabuk, (hanyalah) gambaran seksaan Allah yang sangat dahsyat (ketika
itu).
Orang-orang (yang hadir mendengar pada waktu itu) merasa ngeri sehingga
berubah pucat warna muka mereka. Lalu Nabi Shallaalahu Alayhi wa Sallam
menerangkan: "Diambil dari Ya'juj dan Ma'juj 999 dan dari kamu 1.
Jika kamu dibandingkan dengan orang yang sangat ramai itu, ibarat sehelai
bulu berwarna hitam yang terdapat pada seekor lembu jantan yang berwarna
putih.
Sesungguhnya aku mengharapkan agar kamu menempati 1/4 penghuni syurga.
"Lalu kami semuanya bertakbir tanda gembira.
Kemudian baginda menyambung lagi: "Menempati satu 1/3 penghuni
syurga."
Lalu kami bertakbir lagi tanda gembira.
Kemudian baginda menyambung lagi: "Menempati separuh penghuni
syurga."
Maka kami pun bertakbir lagi." (Hadis riwayat Al 'Bukhari)
Firman Allah Taala: 'Oleh itu, Jika kamu
tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba (penindasan dan
kezaliman) itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan
RasulNya. (peperangan dari Allah dan RasulNya dari langit dan Bumi akibatnya
kamu tidak menemui selamat) (Surah Al Baqarah 2: 279)
Syeikh Imran Hosein Rahmatullahi 'alaih: ‘Q&A. He was born in the
Caribbean island of Trinidad in 1942 from parents whose ancestors had migrated
as indentured labourer from India.
He is a graduate of the Aleemiyah Institute in Karachi and has studied at
several institutions of higher learning including the University of Karachi,
the University of the West Indies, Al Azhar University and the Graduate
Institute of International Relations in Switzerland.
He worked for several years as a Foreign Service Officer in the Ministry of
Foreign Affairs of the Government of Trinidad and Tobago but gave up his job in
1985 to devote his life to the mission of Islam’
Quran&Sunnah: http://manasseh786.blogspot.com/